PENYATUAN TANAH

Makna Penyatuan
Penyatuan tanah bermaksud bahawa dua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang dibawah hakmilik-hakmilik berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang olehnya di bawah satu hakmilik.
Lot-lot itu tidak boleh disatukan jika tidak terletak di dalam satu bandar, pekan atau mukim yang sama, atau jika terletak di dalam satu bandar atau pekan lot-lot itu tidak boleh disatukan sekiranya sebahagian daripadanya dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagian lagi dibawah hak milik Pejabat Tanah.
Mana-mana dua lot atau lebih adalah dianggapkan sebagai berdampingan jika tiap-tiap satunya berkongsi sekurang-kurangnya satu sempadan yang sama dengan satu yang lain.
Syarat-Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan
KTN memperuntukkan bahawa penyatuan tanah boleh diluluskan hanya jika dipenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini adalah berhubung dengan:
a)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Sekatan Kepentingan
Penyatuan tidak boleh diluluskan sekiranya mana-mana lot yang hendak disatukan adalah tertakluk kepada sekatan kepentingan yang membawa maksud bahawa penyatuan tidak boleh dilakukan.
b)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung dengan Peruntukan dan Kehendak Undang-Undang Bertulis Yang Lain.
Penyatuan tanah tidak boleh diluluskan sekiranya mana-mana lot yang hendak diluluskan jika ia berlawanan dengan mana-mana peruntukan atau kehendak mana-mana undang-undang bertulis. Misalnya Enekmen Perizapan Malayu Terangganu tidak membenarkan penyatuan mana mana-mana lot yang menyebabkan percantuman itu melebihi keluasan 10 ekar.
c)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung dengan Kelulusan Pihak Berkuasa Perancangan
Kelulusan pihak berkuasa perancangan adalah perlu sebelum kelulusan boleh diberikan kepada mana-mana tanah yang terletak dalam kawasan pihak berkuasa negeri. Jika tanah-tanah terlibat berada di luar kawasan pihak berkuasa perancangan, maka pandangan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa perlu diperolehi sebelum proses penyatauan boleh dilulusakan.
d)Syarat Untuk Meluluskan Penyatauan Berhubung dengan Butiran Hasil
Sebagaimana diperuntukkan di bawah peruntukan KTN penyatuan tidak boleh diluluskan jika terdapat apa-apa butiran hasil tanah yang masih belum dijelaskan mengenai tanah itu.
e) Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Dengan Persetujuan Tiap-Tiap Orang/ Badan yang Mempunyai Kepentingan Tertentu Ke Atas Tanah Itu.
Dengan yang demikian jika tanah itu tertakluk kepada gadaian, pajakan atau lien atau jika pajakan tanah  itu tertakluk kepada gadaian, pajakan, atau lien, persetujuan bertulis tiap-tiap orang/badan yang berhak mendapat faedah gadaian, pajakan atau lien pada masa dibuat permohonan hendaklah diperolehi sebelum boleh diluluskan penyatuan.
 f)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Dengan Keluasan Minima Yang Disatukan
Penyatuan tanah tidak boleh diluluskan mengenai tanah yang tertakluk kepada jenis “pertanian” atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang menghendaki penggunaanya untuk maksud pertanian jika keluasan yang disatukan adalah kurang daripada satu ekar (di Kelantan, ianya hendaklah tidak kurang daripada setengah ekar).
Jika penyatuan adalah mengenai tanah yang tidak tertakluk kepada jenis “pertanian” atau tidak tertakluk kepada apa-apa syarat yang menghendaki penggunaanya untuk maksud pertanian,keluasan yang disatukan tidak boleh kurang daripada keluasan minima sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan sifatnya sebagai pehak berkuasa perancangan (sekiranya tanah itu di dalam kawasan pehak berkuasa tempatan) atau oleh Pehak Berkuasa Negeri (jika tanah itu di luar kawasan pehak berkuasa tempatan).
 g) Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Dengan Bentuk Tanah Yang Disatukan.
Dengan yang demikian penyatuan tidak boleh diluluskan jika bentuk kawasan yang disatukan tidak bersesuaian dengan maksud yang untuknya tanah itu dicadang gunakan.
 h) Syarat-syarat Lain Untuk Meluluskan Penyatuan
Keizinan Pehak Berkuasa Negeri hendaklah diperlukan juga sebelum penyatuan boleh diluluskan oleh PHT atau Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dalam mana-mana keadaan berikut:
  • Jika semua lot yang hendak disatukan adalah dipegang dibawah hakmilik Pejabat Tanah dan keluasan yang disatukan itu akan melebihi 10 ekar;
  • Jika lot-lot yang hendak disatukan adalah sebahagian nya dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar  dan sebahagiannya  di pegang di bawah hakmilik  Pejabat Tanah ;
  • Jika terdapat tidak persamaan di antara mana-mana lot yang hendak disatukan  dalam perkara-perkara berikut, Tempoh yang lot-lot  itu dipegang;, Kadar cukai yang kena bayar; Jenis penggunaan tanah,syarat dan sekatan kepentingan yang lot-lot itu tertakluk.
  • Sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tanah Negara, keizinan Pehak Berkuasa Negeri ke atas penyatuan  lot-lot di dalam  keadaan-keadaan di perenggan-perenggan (i) dan (ii) adalah  dengan bermaksud bahawa keluasan yang disatukan itu hendaklah dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar.

  • Jika lot-lot itu tidak sama sebagaimana di perenggan (iii) di atas,apabila memberi keizinan ke atas penyatuan itu,Pihak Berkuasa Negeri dikehendaki memberi mana-mana arahan yang berikut:
  • jika tidak bersama lot-lot itu adalah mengenai tempoh hakmilik yang untuknya lot-lot itu dipegang.Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi arahan berkaitan  dengan tempoh keluasan yang disatukan itu dipegang
  • Jika tidak bersamaan lot-lot itu adalah mengenai kadar cukai yang kena dibayar.Pihak  Berkuasa negeri hendaklah memberi arahan berkaitan dengan kadar cukai yang kena dibayar bagi keluasan yang disatukan;
  • jika tidak persamaan pihak persamaan lot-lot itu adalah mengenai jenis penggunaan tanah yang lot-lot itu tertakluk, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah member arahan berkaitan dengan jenis keluasan yang disatukan.
Proses Penyatuan

  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemohon mengikut Borang 9C KTN.
  • Permohonan hendaklah menyertakan:
  1. Bayaran ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Tanah Negeri,
  2. Salinan kebenaran atau persetujuan pihak-pihak terlibat
  3. Persetujuan bertulis jika dikehendaki.
  • Pejabat Tanah perlu memberi akuan segera akan penerimaan permohonan.
  • Pejabat Tanah akan membuat catitan sekiranya hakmilik dipegang di bawah Pejabat Tanah atau di bawah Pejabat Pendaftar.
  • Pejabat Tanah akan membuat Laporan Tanah. Laporan disediakan oleh Pegawai Penempatan akan menentukan samada terletak dalam PBT atau tidak serta memperihal apa yang ada atas tanah tersebut.
  • Pejabat Tanah akan merujuk Jabatan Teknikal yang lain untuk komen. Antara jabatan terlibat ialah:
  1. PBT sekiranya lot-lot tersebut berada dalam pihak berkuasa tempatan.
  2. JPBD sekiranya lot berada di luar kawasan PBT
  • Kertas kerja akan dikemukakan kepada EXCO untuk kelulusan
  • Memastikan kot-lot dipegang adalah di bawah hakmilik tetap
  • Lot-lot terlibat adalah berdampingan
  • Lot-lot terletak dalam bandar, pekan atau mukim yang sama.
  • Permohonan dibuat oleh pemilik terlibat.
  • Pihak Berkuasa boleh bersetuju atau tidak ke atas permohonan yang dikemukakan.
  • Permohonan boleh diluluskan hanya jika;
  • Semua lot dipegang di bawah hakmilik tetap
  • Lot-lot itu berdampingan
  • Semua lot itu di dalam satu Bandar pekan atau mukim
  • Jika di dalam kawasan Bandar atau pekan, lot-lot itu tidak dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Tanah
  • Permohonan di buat oleh tuanpunya
  • Keizinan Pihak Berkuasa negeri, jika ada, telah diperolehi
  • Pemohon akan diberitahu dengan segera, dan mengarahkan pembayaran tersebut dibuat segera.


Comments

  1. Assalamualaikum. Latest development tak tulis ke. Mesti banyak perbezaan tahun 2020 ni kan. Boleh tulus artikel yg berfaedan ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts