JENIS-JENIS BATU SEMPADAN
Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Untuk entry kali ini JS nak kongsi ilmu sedikit berkaitan dengan Batu Sempadan.
Sempadan sesuatu lot itu terdiri daripada batu-batu sempadan yang dianggap disambung oleh garis lurus bagi menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasan yang dibendungnya. Pemasangan tanda sempadan hendaklah dibuat dengan kemas di dalam tanah dan bahagian atas hendalalh berada pada ketinggian tidak melebihi 8cm di atas permukaan tanah. Pemasangan batu sempadan di atas oermukaan lain hendaklah dibuat dengan jelas dan kekal.
Berikut merupakan JENIS-JENIS BATU SEMPADAN:
1. BATU KONKRIT
Batu Konkrit panjangnya tidak kurang 600 mm dengan garis pusat tidak kurang 75 mm yang mempunyai tanda tebuk bagi titik stesen. Bagi batu konkrit yang ditanam oleh JUPEM, satu pengenalan bertulis "JUP" atau nombor siri dicetak di bahagian atas permukaan batu. Bagi batu konkrit yang ditanam oleh Jurukur Tanah Berlesen, permukaan atasnya tiada mempunyai apa-apa pengenalan bertulis atau pun nombor siri.
BATU KONKRIT |
2. TIANG KONKRIT
Tiang konkrit yang panjangnya 1200 mm hingga 1800 mm berbentuk silinder dengan garis pusat tidak kurang 70 mm dan mempunyai tanda bagi titik stesen.
TIANG KONKRIT |
3. BATU GRANIT
Batu granit berbentuk empat segi dengan ukuran 80 mm lebar, 120 mm panjang dan 600 mm tinggi yang mempunyai tanda bagi titik stesen. Batu granit merupakan Batu Lama.
BATU GRANIT |
4. PAIP BESI
Paip besi yang panjangnya tidak kurang 900 mm dengan bergarispusat
di antara 25 mm hingga 50 mm dan sebaik-baiknya disalut tar atau
disadur dengan logam supaya tahan karat dan lubang paip di bahagian
atas mestilah ditutup sebaik-baiknya dengan konkrit yang mempunyai
tanda bagi titik stesen.
Pepaku besi (iron spike) yang panjangnya tidak kurang 100 mm
dengan bergaris pusat 12 mm. Kepala pepaku hendaklah bergarispusat 25 mm dan mempunyai tanda bagi titik stesen.
PEPAKU BESI |
6. TANDA ATAS BATU (MARK ON ROCK)
Assalamaualaikum.. macam nak dapat yang crack punya?? ataupn yang version free punya
ReplyDelete