JENIS - JENIS PELAN

Entry kali ni nak cerita sikit mengenai jenis-jenis pelan yang menjadi kebiasaan dalam bidang pengukuran. 



Apa itu Pelan Akui (PA)?

Pelan Akui adalah produk akhir bagi pengukuran kadaster di mana ia menunjukkan kedudukan sebenar kawasan sempadan yang berada di atas tanah (secara relatif). Ia disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh Jabatan dan diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan lot dalam pelbagai skala yang disusun mengikut nombor Pelan Akui. Maklumat berkaitan lot seperti lokasi, nombor lot, keluasan lot, bearing dan jarak sempadan juga dipaparkan. Format Pelan Akui berdigit daripada Pangkalan Data Imej Dokumen (SPID) boleh diperolehi dalam format TIFF. Pelan akui kebiasaannya disediakan untuk tujuan hakmilik kekal atau kegunaan lain.



Apa itu Pelan Kunci?


Pelan kunci menunjukkan kedudukan tanah dan tapak cadangan pembinaan. Maklumat yang terdapat didalam pelan ini ialah  Sempadan mukim, daerah, arah hala-tuju, jalan raya, sungai, bandar terdekat dan lain-lain.


Apa itu Pelan Lokasi

 Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan.maklumat yang terdapat di dalam pelan ini adalah Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.




Comments

Popular Posts