KERJAYA BIDANG JURU UKUR

Pekerjaan jurukur merupakan profesion yang amat penting di Malaysia. Pekerjaan ini memerlukan jurukur menguasai pelbagai kemahiran dan teknik dalam menggunakan sumber semulajadi misalnya daratan dan laut atau yang dibina oleh manusia. Pekerjaan ini  tidak hanya berada didalam pejabat malah sering melakukan aktiviti kerja ukur di luar misalnya kadaster, ukur kejuruteraan dan topografi.


Antara tugas-tugas yang dilakukan oleh jurukur tanah iaitu:

  • Melakukan pengukuran di kawasan permukaan bumi misalnya ukur butiran, ukur kadaster, ukur kejuruteraan, ukur topografi dan lain-lain.
  • Menyediakan peta atau pelan untuk mengambarkan permukaan bumi bagi tujuan pemetaan, kerja-kerja pembinaan atau penentuan sempadan.
  • Menyediakan dan mengurus dokumen-dokumen yang berkaitan misalnya dokumen hak milik, dokumen pecah bahagian atau pecah sempadan, dokumen serah balik dan kurnia semula, dokumen ubah syarat dan lain-lain.
  • Mengukur pecahan sempadan dan menentukan sempadan-sempadan tanah kebiasaanya untuk tujuan pertanian,perumahan dan lain-lain.
  • Mengukur dan menyemak ketepatan tanda sempadan serta menghitung keluasan dan koordinat untuk meletakkan batu sempadan.

Comments

Popular Posts