Kerja Pengukuran di Bandar Penawar
7 MAC 2017
Kami melakukan kerja pengukuran longkang di Jalan Damai,Mukim Tanjung Surat,Bandar Penawar daerah Kota Tinggi,Johor. Kerja pengukuran longkang ini,kami menggunakan dua alat GPS.
Satu alat GPS didirikan di stesen tetap atau base station manakala satu alat GPS dijadikan sebagai penerima atau rover. Penerima atau rover disertakan dengan remote controller GPS untuk mendapatkan data-data yang diperlukan.
Kami memulakan pengukuran dengan mengambil ukuran titik atau point di tepi-tepi longkang, bucu-bucu longkang, batu sempadan,tapak dan lain-lain.
Kami juga mengukur kedalaman longkang tersebut dengan meletakkan rover di tengah antara tepi-tepi longkang.
Antara gambar-gambar aktiviti kerja pengukuran longkang di Bandar Penawar:
Alat GPS yang digunakan CHC X91 + GNSS yang dipasang di control point |
kedalaman longkang di ambil. Di tempat ini terdapat perbezaan kedalaman. |
Comments
Post a Comment