Assalamualaikum pembaca sekalian.

entry kali ni nak cerita tentang cabaran-cabaran semasa melakukan kerja ukur di lapangan.

sebenarnya, tahap cabaran kerja-kerja pengukuran di lapangan adalah bergantung kepada keadaaan topografi "site" atau tapak. Jika tapak kerja pengukuran adalah lapang dan mempunyai bentuk muka bumi yang sekata dan tidak berbukit-bukau, maka cabaran melakukan pengukuran di kawasan ini
 adalah kurang. Di samping itu, masa yang diambil untuk menyiapkan kerja pengukuran di kawasan jenis ini adalah cepat dan bergantung juga kepada kecekapan jurukur yang melaksanakan pengukuran tersebut.

Selain itu, bagi kawasan tapak kerja pengukuran yang mempunyai topografi yang tidak sekata, banyak halangan seperti bangunan yang tinggi, semak-samun, hutan, jalan raya yang sesak, kawasan sungai dan sebagainya adalah sangat mencabar untuk melakukan kerja-kerja pengukuran di kawasan tersebut. Contohnya, semak-samun dan hutan yang mempunyai pokok-pokok yang tinggi adalah menghalang pandangan total station daripada sampai kepada prism dan keadaan ini perlu diatasi samada dengan memotong mana-mana dahan yang menghalang atau jika keadaan memaksa pokok-pokok yang menghalang perlu ditebang. Bagi kawasan jalan raya yang mempunyai "heavy traffic" atau jalan yang sentiasa sesak dengan kenderaan, stesen untuk terabas perlu dibina di kawasan yang selamat dan strategik. Ini memerlukan pengetahuan dan pengalaman untuk membina stesen terabas yang strategik dan selamat.

Bukan sahaja itu, halangan yang paling mencabar adalah mencari datum mula kerja. Datum mula kerja yang menggunakan batu sempadan adalah sangat mencabar sekiranya batu di lot tapak kerja ukur tidak ada atau tidak dijumpai. Keadaan ini memerlukan untuk mencari batu tersebut samada di lot tersebut atau di lot bersebelah dengan menggunakan kaedah terabas untuk mencari batu. Tempoh masa untuk menyiapkan kerja sebegini yang menggunakan datum batu sempadan adalah bergantung juga kepada tempoh masa untuk mencari batu sempadan yang boleh digunapakai yang masih berada di dalam "tolerance" yang dibenarkan.

Secara kesimpulannya, kerja-kerja pengukuran sangat memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan kadang-kadang terdapat halangan-halangan yang tidak disangka-sangka yang boleh berlaku dan juga memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal kerana kerja-kerja "survey" adalah bukan kerja yang mudah. Di samping itu, pengalaman adalah sangat penting dan sangat diperlukan bagi memastikan kerja-kerja survey yang dilakukan adalah betul dan boleh diterima selain mempercepatkan kerja.

Comments

Popular Posts