Assalamualaikum ...

Alhamdulillah, entry kali ini kita berjumpa lagi :)

Ramai yang kurang pendedahan tentang skop bidang kerja ukur tanah kan ? Sebenarnya ukur tanah ni bukan setakat ukur tanah ajer...

Jurukur Tanah atau juga dikenali sebagai Surveyor adalah suatu profesion yang tidak asing lagi di Malaysia. Sebut je ukur tanah, mesti orang tahu. Tapi kalau sebut geomatik, haaa, orang kat luar sana memang ramai yang tak tahu. Sebenarnya Geomatik ni sama je dengan ukur tanah tapi ada sesetengah universiti sekarang menggunakan perkataan Geomatik. Admin sendiri ijazah dalam Kejuruteraan Geomatik. Kenapa Geomatik ? Sebenarnya kalau nama Geomatik ni , skop bidangnya lebih meluas yang merangkumi darat, laut, udara, bawah tanah, angkasa lepas dan sebagainya. Kalau ukur tanah lebih nampak kepada ukur daratan tetapi ada juga skop kerja di lautan yang dipanggil hidrografi.

Syarikat Jurukur Selatan memfokuskan kerja-kerja di bahagian daratan. Apa yang Jurukur Selatan buat ? Banyak . Antaranya adalah kerja-kerja hakmilik strata, pembangunan, kejuruteraan, ukur hakmilik tanah, topografi dan sebagainya.

Jadi, untuk sebarang pengukuran yang memerlukan jurukur tanah berlesen, Jurukur Selatan sentiasa ada untuk turut sama menjadi antara orang yang terlibat sama menjalankan pengukuran untuk sebarang projek anda :)


"Stay Calm and Keep Surveying"

Comments

Popular Posts