PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN



 KUASA UNTUK MENYERAH BALIK 

1.1. Mengikut seksyen 195(1) KTN, tuan punya mana mana tanah yang dipegang di bawah HT atau HS boleh memohon untuk menyerah balik keseluruhan atau sebahagian tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri. 

1.2 KTN tidak menetapkan maksud untuk penyerahan balik. Mungkin tuan punya tanah hendak menggunakan tanah itu untuk maksud lain. Ia mungkin sebagai contoh, menyerah balik tanah, keseluruhan atau sebahagian, untuk mendapatkan pajakan lombong berkenaan dengannya. Ia juga mungkin menyerah balik tanahnya bagi maksud keagamaan, pendidikan, kebajikan atau maksud awam.

1.3 Tuan punya tanah adalah dinasihatkan supaya tidak menyerahkan tanahnya untuk tujuan membangunkannya, contohnya, kepada taman perumahan. Ini disebabkan risiko yang terlibat. Setelah diserah balik, tiada jaminan yang ia akan mendapatkan balik tanahnya dalam plot-plot untuk berbagai maksud. Bagi tujuan tersebut tuan punya hendaklah sama ada menggunakan peruntukan seksyen 124A atau seksyen 204A hingga 204H KTN.

PIHAK BERKUASA MELULUSKAN BAGI PENYERAHAN BALIK

 2.1 Seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 195(2) KTN, “dalam ketiadaan apa-apa arahan yang berlawanan daripada Pihak Berkuasa Negeri” kelulusan bagi penyerahan balik hendaklah diberi oleh PTG dalam hal tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar (sama ada HT atau HS) dan oleh PT bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah (sama ada HT atau HS).


KESAN PENYERAHAN BALIK 

3.1 Dalam hal penyerahan balik keseluruhan tanah, seksyen 199(1) KTN, menyatakan bahawa setelah membuat apa-apa ingatan penyerahan balik dalam DHD, tanah itu kembali kepada dan terletakhak pada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan dan peruntukan seksyen 131 KTN akan terpakai seolaholah tanah itu kembali berikutan dengan perampasan. Dalam hal penyerahan balik sebahagian tanah, seksyen 202(1) memperuntukkan bahawa setelah membuat ingatan dalam DHD, bahagian yang diserahkan akan kembali kepada dan terletakhak pada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tanah Kerajaan dan peruntukan seksyen 131(a) dan (b) akan terpakai seolah-olah bahagian itu telah kembali berikutan perampasan.

PENYERAHAN BALIK DAN PEMBERIMILIKAN SEMULA LOT-LOT BERDAMPINGAN DI BAWAH HAKMILIK PEJABAT TANAH 

4.1 Peruntukan untuk pemberimilikan semula lotlot yang berdampingan yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah terkandung dalam seksyen 203 dan 204 KTN. Maksud peruntukan-peruntukan ini dapat dilihat daripada huraian dalam Rang UndangUndang KTN seperti yang berikut

“Fasal 203 dan 204. Apabila tuan punya tanahtanah bersempadan di bawah hakmilik Pejabat Tanah berhasrat untuk menyatukannya dengan tujuan semata-mata untuk mendapatkan pecah sempadan serta merta mengikut sempadansempadan yang berlainan daripada yang asalia sekarang boleh menggunakan prosedur baru dalam menyerahkan lot-lot asal atas terma-terma bahawa tanah-tanah itu akan diberimilik semula kepadanya, bebas daripada premium, mengikut “sempadan-sempadan” baru yang dikehendaki. Tujuan prosedur baru ialah untuk memudahkan kerja pengukuran.


Comments

Popular Posts