Aplikasi Geoportal GIS Johor
Bismillahirrahmanirrohim.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Untuk entry kali ini kami nak citer sikit macam mana nak buat carian lot menggunakan aplikasi Geoportal GIS .
Aplikasi Geoportal GIS digunakan untuk mendapatkan informasi atau zoning mengenai kawasan yang anda cari sama ada zoning pertanian, zoning perindustrian, zoning perumahan dan lain-lain malah kita dapat juga maklumat zoning sekitar kawasan yang anda cari.
Contoh:
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Untuk entry kali ini kami nak citer sikit macam mana nak buat carian lot menggunakan aplikasi Geoportal GIS .
Aplikasi Geoportal GIS digunakan untuk mendapatkan informasi atau zoning mengenai kawasan yang anda cari sama ada zoning pertanian, zoning perindustrian, zoning perumahan dan lain-lain malah kita dapat juga maklumat zoning sekitar kawasan yang anda cari.
Contoh:
Pelan tanah ini mengandungi beberapa maklumat,antaranya jenis dan no hak milik, nama negeri, nama daerah, nama bandar/pekan/mukim,no lot,luas lot,kategori penggunaan tanah, no lembaran piawai,no pelan diperakui dan lain-lain,
Klik link: http://geoportal.johor.gov.my/ dan pilih masuk untuk memasukkan
Web Geoportal GIS Johor ( Geoportal @ Geojohor).
Setelah masuk Geoportal @ Geojohor, terdapat 3 pilihan iaitu Negeri Johor, Wilayah Iskandar dan Daerah. Pilih Daerah untuk mencari informasi berdasarkan kepada maklumat-maklumat daerah pada pelan tanah.
Terdapat 2 pilihan pengguna iaitu pengguna awam dan pengguna berdaftar. Sebagai pengguna awam, pilih Pengguna Awam.
Pilih daerah mana yang ingin anda cari. Misalnya kami pilih daerah Tangkak, jadi kami klik pada kawasan Muar tersebut.
Setelah pilih kawasan Muar, akan terpapar WEB GIS Daerah Muar. Kawasan-kawasan yang berada di Daerah Muar.
Terdapat beberapa cara untuk mencari maklumat kawasan yang diperlukan, antaranya dengan carian lot, carian syit piawai,carian pelan akui,carian mukim dan sebagainya. Contoh gambar diatas menggunakan cara carian lot dengan memasukkan no lot yang terdapat pada pelan tanah tersebut.
Setelah memasukkan no lot, akn terdapat pilihan dengan no lot yang sama, jadi anda akan membuat pilihan berdasarkan sama ada no PA, luas dan nama mukim yang anda ingin cari.
Misalnya, kami pilih no lot kami, lot 10965 dan nama mukim Serom
berpandukan kepada pelan tanah tersebut.
Akhir sekali,akan terpapar gambaran kawasan lot yang kami cari. Pilih selection dan klik pada kawasan lot yang kami cari untuk mendapatkan informasi atau zoning kawasan lot tersebut. Kami dapati kawasan lot yang kami cari tersebut yang berwarna biru gelap merupakan kawasan pertanian berdekatan dengan sungai (warna biru cair) dan dan kawasan institusi dan kemudahan masyarakat (warna merah) misalnya surau.
Comments
Post a Comment